Antara langkah-langkah yang
boleh dilakukan seperti berikut.Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang
hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
1.Selalu amalkan baca ‘Ya
Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang
atau hendak tidur.
2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan
cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara
dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.
3.Banyakkan berdoa kepada
Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.
4.Bila bangun pagi,peluk anak
sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam
hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).
5.Baca Surah al-Fatihah,surah
Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya
Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan
Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan
minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
6.Untuk membantu anak mudah
belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti
ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud”Allah Maha Lembut kepada
hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang
Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa”Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua
botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
7.Ketika memasak,sentiasa
basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang
bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran
kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8.Bagi ibu yang bercita-cita
mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa
Nabi Zakaria yang bermaksud,”Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai
Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang
baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan.”
9.Kita juga digalakkan
menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan
menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru
hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar
kata.
10.Selepas solat lima
waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,”Dan
juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh
daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang
menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang
(mahu)bertakwa.”
Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,”Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku.”
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata ornag mukmin.

No comments:
Post a Comment