jasa guru pra sekolah wajar dihargai


Klang : Terharu dan gembira yang terpancar  wajah semua guru dan pelajar  pra sekolah  apabila menerima lawatan daripada Exco Pendidikan, Pendidikan, Tinggi pembangunan Modal Insan, Dr Hjh Halimah Ali.

Lawatan yang diadakan baru-baru ini melawat semua sekolah pra sekolah Tadika dan PASTI di sekitar DUN Selat klang.

Pelajar di tahap formatif years amat reseptif kepada input pelajaran.Apa sahaja samada yang positif mahupun yang negatif. Input yang baik sudah tentu akan menghasilkan insan yang baik dan produktif.Begitu juga sebaliknya,kata Dr Halimah selepas menyampaikan peralatan tulis pada semua pelajar disitu.

Jelasnya, input negatif yang masuk dan tidak terkawal akan menyebab produk insan yang liable.Insan yang boleh merugikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Inilah yang mungkin disebut 'sampah' masyarakat.

Justeru, menyedari hakikat ini saya terpanggil untuk meneruskan agenda menghulurkan bantuan kepada semua pelaajr pra sekolah seperti setiap tahun program ini dilaksanakan.

Tujuan utama bagi menyuntik semangat semua pelajar meneruskan pegajian mereka sememangnya sifat fitrah manusia apabila diberikan hadiah, nalurinya akan teransang dan merasakan diri mereka dihargai.

Apatahlagi, anak-anak kecil ini apabila di dekati, dibelai mereka akan mudah menyanyagi kita dengan di berikan kasih sayang, ujarnya.

Menurut Dr Halimah,  ramai ibubapa menganggap karier guru di peringkat pra sekolah tidak penting dan darjat mereka rendah. Guru-guru di peringkat pra sekolah tidak di hargai.

Bagi saya tanggapan ini  adalah satu kesilapan kerana guru di peringkat pra sekolah paling banyak berjasa, kerana bukan mudah kita ingin mendidik pelajar usia 4-6thn yang baru mengenali huruf, guru dan teman-teman sekeliling mereka.

Selain itu, di sekolah juga pelajar  di peringkat usia ini diajar bagaimana cara kehidupan seorang muslim yang sebenarnya.

Nilai-nilai murni dipupuk oleh semua guru di peringkat pra sekolah sebelum mereka menjejak kaki ke sekolah rendah. Maka jasa guru harus dihargai semua masyarakat, katanya.

Ujar Dr Halimah lagi, walaupun berbagi pandangan kepada pendidik di peringkat pra sekolah namun pada perkiraan kerajaan Selangor, khususnya di bawah portfolio Pendidikan,  ia merupakan  tugas dan tanggungjawab yang amat penting.

Sebab itu perancangan jawatankuasa ini merangkumi pengupayaan taman kanak-kanak(tadika) atau institusi prasekolah agar mahu meletak batu asas konsep pendidikan sepanjang hayat dengan mengutamakan minat dan skil menggunakan segala pancaindera serta sumber input pelbagai untuk  mempastikan proses pengajaran dan pembelajaran di tahap optima, kata beliau merangkap ADUN Selat Klang.

Hadir sama dalam lawatan institusi pra sekolah pegawai dan petugas Pusat Khidmat Maysarakat (PKM) DUN Selat Klang.






No comments:

Post a Comment