koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di
bawah. Semoga semangat anda pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda
kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan
daripadanya. Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali
bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air
sejuk selepas dahaga yang amat sangat.
1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang
dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita
miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih
tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu,
lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya,
jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai
kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas.
Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang
sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama
kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke
mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara
daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi
apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha,
selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat
sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah
fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu
inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai
batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari
kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah
mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak
memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah,
anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.
No comments:
Post a Comment