Proses untuk membuat ABM ni. .

Seperti yang kumpulan kami janjikan. 
Dibawah ini terdapat proses-proses untuk menghasilkan ABM kami.
Jika dilihat dengan teliti, proses2 yang kami jalankan ni sangat mudah untuk dilakukan dirumah dan dimana-mana sahaja.
Dengan menggunakan pelbagai gabungan warna2 yang terang-menerang, ia dapat menarik minat kanak-kanak serta ibu bapa untuk mencubanya sendiri di rumah. 
Oleh kerana prosesnya yang sangat mudah dan 'simple', so saya akan tunjukkan dengan lebih detail lagi bagaimana nak buat alat bantu mengajar yang menarik ni. okey.... READY.... GO!




Firstly, u all sediakan Pinggan kertas atau mini plate ni dalam 20 keping je. 
tak banyak pun..Pinggan kertas ini boleh didapati di pasaraya2 yang berhampiran.
(kalau nak lagi senang guna KOTAK pun boleh.)





Secondly, u all ambik marker pen mengikut citarasa warna yang anda gemari dan tuliskan 
10 NAMA-NAMA Malaikat yang wajib diketahui di atas Pinggan Kertas atau mini plate tersebut..
(Kalau nak tulis rumi ke atau jawi ke terpulang kepada u all, asalkan mudah untuk anak-anak menghafal nama-nama Malaikat)





Tulis seperti yang ditunjukkan di atas atau mengikut kreativiti anda.




opps! jangan lupa yer gam kertas perlu ada untuk menampal hiasan disekeliling mini plate itu.



gamkan bunga-bunga hiasan yang telah digunting seperti gambar di atas.




Tampal corak-corak bunga tersebut di atas Pingan Kertas mengikut citarasa masing-masing. (Pastikan ia menarik perhatian kanak-kanak untuk melihat dan menghafalnya)


Seterusnya, ambil beberapa keping kertas A4 yang pelbagai warna seperti yang anda perhatikan di atas.
(warna-warna yang cerah dapat menarik perhatian kanak-kanak)




Ambil sehelai kertas dan lipat kertas tu supaya dapat dibahagikan kepada 2 bahagian. Then, guntingkan kertas tersebut.




Inilah hasilnya setelah anda menggunting kertas tersebut kepada 2.




Di atas kertas tu anda bolehlah menulis Tugas-tugas Malaikat menggunakan Marker Pen seperti yang anda lihat pada gambar.




Gunting perkataan-perkataan tersebut mengikit corak yang anda rasa sesuai untuk kanak-kanak dan menarik perhatian mereka.




Setelah siap, Gamkan perkataan tersebut menggunakan gam kertas. Tampalkan perkataan tersebut di atas Pinggan Kertas.




Seterusnya, hiaskan Pinggan Kertas tersebut dengan menggunakan Warna Crayon, atau apa2 saja warna yang anda rasa sesuai mengikut kehendak dan citarasa anda sendiri.




Ambil kedua-dua Pinggan kertas yang telah siap dengan nama Malaikat dan Tugasnya, cantumkan dengan menggunakan Stapler seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas.





Seterusnya, ambil Gelang Getah dan lekatkan dibahagian belakangnya sebagai pemegang.




Akhir sekali, anda haruslah memasukkan tangan seperti gambar diatas untuk melihat sama ada ia kukuh atau mudah tercabut.. 




Inilah Hasilnya... hihihi.
maaf gambar terakhir ni senget ketepi. tak sempat nak rotate.





Mudah je kan???
So, anda boleh menghasilkannya sendiri..
Harap-harap anda berpuas hati dengan hasil kerja yang telah anda buat tu..
Jika tidak berpuas hati dengan hasilnya anda boleh membuat tempahan di BLOG ini.
Kami dari kumpulan Delightul Garden_Al-Jannah sedia menerima sebarang tempahan.
Terima kasih......

No comments:

Post a Comment